Friday 20 July 2012

Fruit Tartlet


*Hidangan untuk 10 orang.

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH BERGULA :
  • 600 gm mentega
  • 400 gm gula aising
  • 4 biji telur
  • 1200 gm tepung
  • 24 gm serbuk penaik (baking powder)

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM PASTRI :
  • 400 gm serbuk Patisseries
  • 1 liter air sejuk
  • 1 liter krim
  • Buah-buahan pilihan (mengikit kesukaan)

CARA MEMBUAT DOH BERGULA :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.
  2. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
  3. Masukkan telur secara perlahan-lahan ke dalam adunan.
  4. Kaup dan balikkan gula dan serbuk penaik.
  5. Kemudian tekan doh dan letakkan dalam acuan tart mini.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu tadi selama 10 minit.
  7. Selepas dibakar, biarkan ia sejuk sebelum digunakan.

CARA MEMBUAT KRIM PASTRI :
  1. Kacau serbuk Pattisseries dengan air sejuk sehingga campuran sebati.
  2. Kemudian masukkan krim dalam adunan ini.
  3. Kacau sehingga adunan sebati. Sedia untuk digunakan.

CARA MEMBUAT FRUIT TARTLET :
  1. Paipkan krim pastri ke dalam doh tart yang telah siap dibakar tadi.
  2. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan anda seperti strawberi, rasberi, anggur, mangga, kiwi, peach dan lain-lain.


Thursday 19 July 2012

Kek Opera



*Hidangan untuk 10 orang.

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK SPAN BADAM :
  • 24 biji telur.
  • 900 gm gula.
  • 240 gm tepung.
  • 900 gm badam hancur.

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK KRIM MENTEGA KOPI :
  • 150 gm kuning telur.
  • 300 gula.
  • 1000 ml air.
  • 400 gm mentega.
  • 2 sudu besar air kopi.

GANACHE :
  • 200 gm coklat hitam.
  • 200 gm krim.

CARA MEMBUAT GANACHE :
  1. Panaskan krim dan tambahkan coklat hitam ke dalamnya.
  2. Pukul hingga kedua-duanya sebati.
  3. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik sehari sebelum digunakan.


CARA MEMBUAT KEK SPAN BADAM :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  3. Campurkan tepung dan kacang badam.
  4. Kaup dan balikkan tepung ke dalam adunan telur yang telah kembang tadi secara perlahan-lahan.
  5. Tuangkan lapisan nipis adunan kek span badam ke atas dulang pembakar. 
  6. Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit sehingga kek span berwarna coklat keemasan.


CARA MEMBUAT KEK KRIM MENTEGA KOPI :
  1. Pukul kuning telur sehingga separuh kembang.
  2. Panaskan gula dengan air sehingga hancur.
  3. Tuangkan air gula panas ini ke dalam adunan kunig telur yang separuh kembang tadi dan pukul sehingga kembang. Tambahkkan mentega ke dalam adunan. 
  4. Akhir sekali tambahkan air kopi sebagai perasa.


CARA PENYEDIAAN KEK OPERA :
  1. Setelah setiap kek disiapkan, lapiskan ia satu persatu secara berselang seli sehingga menjadi sebiji kek yang lengkap.
  2. Hiaskan mengikut kesukaan anda.
  3. Sedia untuk dihidang.



Pistachio Macaroon



*Hidangan untuk 15 orang.


BAHAN-BAHAN :

  • 230 gm putih telur }dibahagi dua iaitu 115 gm satu bekas.
  • 300 gm gula kastor.
  • 100 gm air.
  • 300 gm gula aising.
  • 50 gm kacang pistachio }dihancurkan atau dalam bentuk pes.
  • 300 gm kacang badam }yang telah dihancurkan.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius.
  2. Rebus gula kastor dengan air sehingga hancur.
  3. Masukkan putih telur ke dalam pengadun dan putar pada kelajuan yang perlahan. Selepas itu perlahan-lahan masukkan air gula yang telah direbus tadi.
  4. Kemudian pukul adunan ini dengan kelajuan tinggi sehingga ia mengembang (meringue Italian).
  5. Dalam bekas adunan lain, pukul putih telur dan gula aising sehingga ia menjadi ringan dan mengembang (meringue normal).
  6. Gabungkan meringue Italian dan normal tadi.
  7. Masukkan kacang badam ke dalam adunan tersebut dan gaulkan sehingga rata.
  8. Perlahan-lahan masukkan pula pes pistachio ke dalam adunan tersebut.
  9. Paipkan adunan di atas dulang yang dilapisi kertas minyak dan bakar di dalam ketuhar selama 15 minit.
  10. Sedia untuk dihidang.