Friday 20 July 2012

Fruit Tartlet


*Hidangan untuk 10 orang.

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH BERGULA :
  • 600 gm mentega
  • 400 gm gula aising
  • 4 biji telur
  • 1200 gm tepung
  • 24 gm serbuk penaik (baking powder)

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM PASTRI :
  • 400 gm serbuk Patisseries
  • 1 liter air sejuk
  • 1 liter krim
  • Buah-buahan pilihan (mengikit kesukaan)

CARA MEMBUAT DOH BERGULA :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.
  2. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
  3. Masukkan telur secara perlahan-lahan ke dalam adunan.
  4. Kaup dan balikkan gula dan serbuk penaik.
  5. Kemudian tekan doh dan letakkan dalam acuan tart mini.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu tadi selama 10 minit.
  7. Selepas dibakar, biarkan ia sejuk sebelum digunakan.

CARA MEMBUAT KRIM PASTRI :
  1. Kacau serbuk Pattisseries dengan air sejuk sehingga campuran sebati.
  2. Kemudian masukkan krim dalam adunan ini.
  3. Kacau sehingga adunan sebati. Sedia untuk digunakan.

CARA MEMBUAT FRUIT TARTLET :
  1. Paipkan krim pastri ke dalam doh tart yang telah siap dibakar tadi.
  2. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan anda seperti strawberi, rasberi, anggur, mangga, kiwi, peach dan lain-lain.


4 comments:

  1. Salam ziarah...Amboi nampak sedapnya...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...

    amboi cute & sedap nmpaknya.. akak pn nk bt yg mini juga la.. to kna ltak serbuk cheese, sb anak2 sukakannya

    Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana la tau berkenan nak merasa serbuk cheese CHEEZE MAZ yg bila dicampur dgn air panas menghasilkan sos sesedap sos cheeze wedge, KFC. Harga pun hanya RM 10.00 sahaj bg 1 pack seberat 200 gram (x termasuk courier)

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa..kalaula sy pandai membaking jugok..

    ReplyDelete