
*Hidangan untuk 15 orang.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN-BAHAN :
- 230 gm putih telur }dibahagi dua iaitu 115 gm satu bekas.
- 300 gm gula kastor.
- 100 gm air.
- 300 gm gula aising.
- 50 gm kacang pistachio }dihancurkan atau dalam bentuk pes.
- 300 gm kacang badam }yang telah dihancurkan.
CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius.
- Rebus gula kastor dengan air sehingga hancur.
- Masukkan putih telur ke dalam pengadun dan putar pada kelajuan yang perlahan. Selepas itu perlahan-lahan masukkan air gula yang telah direbus tadi.
- Kemudian pukul adunan ini dengan kelajuan tinggi sehingga ia mengembang (meringue Italian).
- Dalam bekas adunan lain, pukul putih telur dan gula aising sehingga ia menjadi ringan dan mengembang (meringue normal).
- Gabungkan meringue Italian dan normal tadi.
- Masukkan kacang badam ke dalam adunan tersebut dan gaulkan sehingga rata.
- Perlahan-lahan masukkan pula pes pistachio ke dalam adunan tersebut.
- Paipkan adunan di atas dulang yang dilapisi kertas minyak dan bakar di dalam ketuhar selama 15 minit.
- Sedia untuk dihidang.
dah lama teringin nak wat macaron nih..huu..thanks for the recipe..hee.. blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..
ReplyDeleteHai Nur! Terima kasih sudi singgah sini.. Nanti dah cuba buat jangan lupa tayang tau.. =)
DeleteNak gi terjah blog bunga2 lah! ^_^
Bestnya...nak try lah...nanti kalau jd..mamahanny masuk kan kat tapak mamahanny di http://mamahannybunny.blogspot.com ya...
ReplyDelete